Saturday, May 25, 2013

Qidamkah adam?

Ilmu itu undang.
Amal ilmu itu patuh.
Desas itu maklumat.
Benar salah bergaul sejasad.
Akal dimuliakan kerana mengasingkan.
Akal yang hebat mengaku lemah.
Misal al faruq perlukan al Furqan.

Faham itu deria, berinderakan hati.
Barangsiapa yang celik, remanglah dia.
Faham berdiri tahu berdiri, faham duduk tahu duduk;
Tahu berdiri belum tentu faham berdiri, tahu duduk belum tentu faham duduk.

Kalau usaha pintunya rezeki, fikir pula pintunya ilham.
Usahkan yang mukallaf, yang melata pun ada.
Lain jiwa, lain fikiran;
Lain fikiran, lain jalan;
Lain jalan, boleh jadi, satu tujuan.

jiwa jadi nakhoda,
fikiran jadi perahu,
kudrat jadi layar,
Iradat jadi angin,
pujangga jadi bintang.

Setiap kembara akan bersara.
Sebesar jagat bermula dari sebuah titik.
Seluas samudera berasal dari sekecil muara yang berbagai.
Setiap kalimah akan sampai kepada

No comments:

Post a Comment