Sunday, January 23, 2011

cErita purba lama.

ini cerita purba lama..
di kala puisi ini di baca, ia sudah menjadi lagenda..
di sebuah negara bangsa, yang hanya tinggal nama..
sebuah kisah yang sudah mengubah sejarah
pada hari raja dan bendahara sudah pun tiada
hanya tinggal kenangan, sebuah kerajaan yang keguguran

suatu tika..
ketika sang raja melata dengan bangganya,
konon, mencemar daulat, menziarahi rakyat..
maka sekelian rakyat, dikerah penat..
sang raja dihidang bukan sebarangan..
agar istana terus muliakan,
lantas ditulis kata ‘raja berjiwa hamba’

tampillah seorang rakyat yang penuh nekad..
kata penjaga: jangan hampiri duli raja!
…kamu hanya rakyat biasa, tiada pangkat, tiada nama
Jawabnya: tapi aku rakyat yang punyai hajat!
terus sahaja dia ke hadapan, tidak dapat ditahan..
dengan penuh takwa di dada dia berbicara:
Wahai sang raja! Hati apakah saudara?
tergamak membina istana harga ratusan juta laksa..
ketika rakyat hidup penuh sengsara..
tatkala kami membilang-bilang suapan harian,
anak-anak yang hendak diberikan makan..
pakaian keperluan yang wajib disediakan..
dengan penuh lelah dan susah..
bayaran sekolah dan madrasah..
harga makan yang melambung..
atap bocor yang belum ditampung..
lantai berbunyi yang makin canggung..
anak ramai yang hendak ditanggung..
malang sekali…
khazanah bumi yang patut dikongsi..
dihabiskan untuk istana sang duli..
dipotong segala bantuan dan subsidi..
untuk kerakusan nafsu berahi..
duli-duli dan menteri-menteri..
pengampu-pengampu di sana-sini..
syaitan atau sultan, bendahara atau buaya..
nampaknya sama sahaja..
menteri atau pencuri,
pengampu atau penyapu..
sudah tiada bezanya..
terus berfoya dengan harta negara..
sedangkan…
keringat kami tidak pernah berhenti..
airmata kami terus mengiringi..
derita ini terus kami warisi..
ketika kemewahan raja dan bendahara..
dilapor dalam berbagai riwayat berita..
kisah duka rakyat, siapakah yang mempedulikannya?
Aduhai celakanya…
dalam sengsara rakyat jelata..
kalian tambah istana dan kota..
sedangkan yang lama masih boleh diguna..
rumah buruk kami pula, siapa yang akan bina?
apakah jenis manusia? apakah jenis raja, begini rupa?
apakah jenis memanda dan bendahara…
yang sanggup bersekongkol dosa?!

Maka murkalah sang raja..
“derhaka! kamu menentang beta!
beta penjaga agama, jangan sebarangan bicara!”
titah mengadap ahli fatwa, supaya hukum dapat diguna..
kepada penderhaka yang menentang kesucian kita
panggil setiap yang patut, tangkap dia atas nama penghasut!

maka bersuara ahli fatwa:
..atas nama agama kita, hai orang desa,
kamu rakyat derhaka yang berdosa..
menurut hukum tuhan, raja mesti dimuliakan..
tiada engkaran, tiada soalan..
hanya kata: menjunjung titah, tanpa bantah!

Hairan sang rakyat, seraya berkata: kamu siapa?
Sanggup kamu membela dosa mengguna nama agama?
Jawabnya: kamu ternyata hanya orang biasa..
tidak kenal orang berkedudukan mulia..
ana sang mufti yang dilantik duli..

Berkata sang rakyat: aduhai, malang sekali kamu sang mufti,
Tidaklah kamu dikenali, tidaklah kamu diperduli..
Dengan nama Rabbul Izzati, aku ingin kau beri erti,
apakah tugas anta selama ini?

Terkedu sang mufti, jantung berdegup
Tapi..terpaksa disahut:
Ya! Kerja kita membela baginda raja..
agama Tuhan kami guna,
siapa derhaka kami hukum dosa,
siapa terima, kami janjikan syurga..
setiap keramaian yang diada..
kami puja, kami dewa sang raja..
dengan doa-doa yang dicipta..
atas mimbar jumaat,
ataupun di majlis tarian memikat..
rakyat mengamin, kami menjamin..
maka duli tidak perlu diri dicermin..
kami kata tuanku sekelian sebaik-baik pemimpin..

kata sang rakyat: wahai sang mufti!
jika kau pernah mengaji,
jika kau tahu firman ilahi,
jika kau faham sabda Nabi..
apakah hukum istana ratusan juta harga atas derita jelata?
Jelaskan, halal atau haram wang yang dicengkam?
jawab sang mufti: hukum itu tiada dalam agama, jangan ditanya!
katanya pula: apakah hukum rakyat yang tidak bercermat?
dengan cepat mufti menjawab:
dia berdosa, tempatnya dalam neraka..

maka baranlah sang rakyat, bangkit dengan semangat,
diasak terus sang mufti dengan sindiran bertubi:
ketika duli pergi berjudi,
habis dibelasah wang negeri,
apakah fatwa kau sang mufti?
Ketika duli mabuk arak,
habis agama berselerak,
di mana mufti terletak?
ketika raja bersenda berpoya,
habis jadi cerita rakyat jelata,
ke kota sini dan ke sana,
wang negara enak dibelanja,
sang mufti kau di mana?

Marahlah sang mufti kesayangan duli:
Diam! Derhaka hukumnya haram!
sang raja penjaga agama,
mereka payung kita,
jangan dipersenda, itu satu dosa..
mati mereka kami adakan upacara doa..
ramai yang akan membaca..
imam-imam besar dibayar..
pahala-pahala akan dihantar..

sang rakyat masih baran:
wahai mufti pilihan!
apakah Tuhan menerima pahala bacaan
dari upah wang rakyat yang dimakan?!
aku sekali lagi ingin bertanya:
Apakah hukum istana,
yang dibina atas airmata rakyat jelata?

Titah Raja: Panggil menteri, hukum si degil ini!
dia cuba menghasut rakyat dan negeri!
tidak hormati mufti, dan kesucian duli-duli..

datanglah menteri dengan pantas:
“kau penderhaka, kau pengganas,
mesti ditangkap, mesti diberkas,
agama pun dah kata kau berdosa,
maka kau dihukum tanpa perlu dibicara..

berkata sang rakyat yang dihina,
sambil tunduk dengan airmata:
aku kenal Tuhan, agamaNya, juga negara,
bukan seperti yang kalian dusta..
agama bukan untuk melindungi dosa raja,
agama bukan untuk mempertahan noda penguasa
agama bukan untuk menzalimi rakyat jelata,
agama bukan untuk penindasan orang bawahan,
agama Tuhan untuk keadilan sekelian insan
Tuhan lagi membicarakan hamba-hambaNya,
setiap pahala dan dosa ditimbang seadilnya,
bagaimanakah aku disalah tanpa mahkamah?
Apakah kamu melebihi Tuhan Yang Maha Rahmah?

Sekali lagi aku bertanya:
apa hukum membina istana dengan sengsara rakyat jelata?
aku datang dari desa yang dihimpit berbagai perit,
aku datang dari keluarga yang rendah tanpa mewah,
mengira setiap belanja dan harga,
mengundi setiap barang yang dibeli
menunggu setiap detik kehadiran gaji,
apabila aku bertanya kemewahan istana dan pembesarnya,
harta para penguasa bangsa dan kuncu mereka
dari wang negara dan harta kita,
lalu kamu menyebut tentang dosa dan derhaka..
kalian dan raja memang menempa neraka..
dan sedang meruntuhkan negara..
atas derita kami rakyat yang sengsara...

maka, ditangkaplah wira rakyat,
tiada siapa yang mampu menyekat..

kendati, dia dilupa,
dihukum tanpa bicara..
namun puisi ini, tetapi merakam memori,
untuk pertiwi yang disayang,
juga wira yang tidak didendang..

Tuhan tidak akan lupa,
setiap kezaliman ada balasannya,
harga istana yang dibina, akan tetap dibicara,
wang rakyat yang ditelan, tetap dipersoalkan,
Di Mahkamah Tuhan Yang Maha Memberikan keadilan.

Sunday, January 9, 2011

Hakikat hidup yg dilupakan


        Dunia akhir zaman kini begitu menakutkan,,maksiat merata-rata,,aurat sudah tidak lagi dijaga,,pergaulan bebas dianggap biasa,,dosa dirasakan tiada apa,,jika para alim ulama bersuara menegur mereka menggunakan satu perkataan yg menjadi racun bagi umat islam hari ini..iaitu “OPEN MINDED”saya cukup benci dgn perkataan ini..jika tegur sedikit..”alah kau nie bro,,jumud gila,open minded r sikit..dunia tanpa sempadan,,takkan nak tutup aurat gak,,nie fesyen up to date pe..”*hanya salah satu contoh..bnyak lagi sbnrnye..jd di sini kita sudah boleh melihat ape sebenarnya yg saudara-saudara kita pegang,,adakah mereka berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah ataupun mereka berpegang dengan theori-theori mengarut org-org barat dan org kafir..barat menggunakan topeng demokrasi dan hak kebebasan individu untuk membenarkan segala sesuatu yg dilarang oleh agama islam..mereka menggunakan hak individu untuk mmbenarkan sseorg muslim menjadi,gay,lesbian,mat rempit,penzina,pembuang bayi dan bnyak lagi..ape semua ini..??jika para tabligh(penyampai) menegur kelakuan mereka,pantas para-para pemimpin asuhan barat akan membangkang dengan sekeras-kerasnya.topeng demokrasi digunakan untuk membenarkan undang-undang kafir bermaharaja lela di bumi sendiri..lantas Negara menjadi pincang dengan begitu bnyak msalah..di mana kah undang-undang islam di bumi ini???mengapa Negara-negara islam sngat mundur hari ini.??Jwapannya Negara islam tidak berpegang dengan Al-Quran dan undng-undng Allah..tetapi mereka berpegang dengan philosopy-pphilosopy barat yg sangat mengarut dan bnyak sekali kelemahan..jika kita inginkan sebuah Negara yg dinaungi oleh rahmat Allah,kita sebagai org islam sendiri pertama sekali perlu sedar apakah hakikat dan tujuan hidup sebenarnya..pada pndngan saya,hari ini sudah begitu ramai saudara kita yg tersasar dan tidak tahu apakah tujuan hidup sebenarnya..kita bukan dilahirkan untuk menjadi seorg engineer,,doctor,,perdana menteri,,menteri,,penjawat awam,,pekerja swasta dan sebagainya..TIDAk!!bukan itu tujuan kita lahir ke dunia ini,tetapi hari ini sudah berapa ramai org yg menjadikan ini sebagai tujuan utama hidup di dunia..saya bg satu contoh mudah,,berdasarkan pemerhatian dan pendapat peribadi saya..hari ini begitu ramai pelajar yg takut gagal dalam peperiksaan tetapi tidak takut gagal dalam kehidupan akhirat..kenapa saya berkata begitu..??hari ini saya lihat begitu ramai pelajar yg belajar dgn sngat bersungguh-sungguh sehinggakan mereka sanggup melewatkan solat,,kdg2 tu smpai solat gabung,,zohor gabung dgn asar sebab solat zohor tu mmg btol2 dah nak abis waktu baru nak solat..msalahnya,bukan dia buat apa sngat pun,,tetapi hnya stadi sebab nk Berjaya..tapi mcm mane pula dgn perihal dia melambatkan solat itu..dia memg sengaja melewatkan solat..pulak tu,solat laju-laju sebab ptg tu nk maen ftsal pulak..
00h,,ftsal nk maen lama,,solat kejap aje..Bagos betol..!!kita juga bole lihat bagaimana umat islam hari ini begitu takutkan kefakiran sedangkan kefakiran itu bukanlah berdosa dan ssuatu yg hina..Nabi Muhammad juga pernah bersabda:”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw telah bersabda, "Orang-orang miskin akan memasuki syurga lima ratus tahun sebelum orang-orang kaya. Dalam perhitungan syurga, lima ratus tahun itu sama dengan setengah hari." Diriwayatkan oleh Abdullah bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, "Orang miskin itu bukanlah mereka yang berkeliling ke sana kemari dengan harapan diberi orang segenggam dua genggam, sebutir atau dua butir kurma." Seseorang bertanya, "Kalau begitu, siapakah orang miskin itu?” Nabi saw menjawab, “Dia adalah orang yang tidak mampu memenuhi keperluan asasnya tapi malu meminta kepada orang, tidak pula orang lain mengetahui hal ehwal mereka hingga mereka dapat diberi sedekah." Ucapan Nabi "tapi malu meminta" ertinya adalah bahawa mereka malu kepada Allah untuk neminta-minta dari orang ramai, bukan malu kepada manusia.

2.Rasulullah saw telah bersabda, "Bagi tiap-tiap sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga adalah mencintai orang-orang miskin. Kaum miskin yang sabar akan menjadi sahabat-sahabat Allah SWT pada Hari Kebangkitan."
Jadi,untuk apa kita beriya-iya sgt mengejar kemewahan..smpaikan hal-hal agama diketepikan..juga,hari ini,,begitu ramai pelajar yg takot tiba lewat ke dewan kuliah sebb takot dimarahi lecturer dan tidak dapat belajar..saya juga penah terlambat hanya 2minit ke kelas.saya tiba pd jam 8.02 minit tetapi lecturer sudah menutup pintu..bygkan lah,,hanya 2minit..ramai pelajar yg takot,,tetapi mereka langsong tidak takut melewat-lewatkan solat..kdg2 lewat smpai 1 jam..cuba kita bygkan jika Allah mengukum org yg melewatkan solat sperti lecturer td..hnya terlambat solat sbnyak 2minit Allah terus menutup pintu rahmatNya terhadap kita..Nauzubillah..
Allah maha Penyayang..Kasih saying Allah jauh lebih besar berbanding kasih sayang ibu bapa kita sendiri..Allah tidak memerlukan kita untuk kita beribadah kpdnya sperti dlm firmannya: “Sesungguhnya Allah tidak memerlukan (pertolongan) makhluk di alam ini.” 
Al-Ankabut ayat 6..
Tetapi kita lah yg memerlukan Allah S.W.T
Bnyak lagi senario yg berlaku hari ini di mana ssetengah org meletakkan makhluk melebihi Allah sendiri..contoh-contoh yg mungkin sahabat-sahabat boleh fikirkan sendiri..
Tujuan kita hidup sbnrnya sudah diberitahu Allah dlm Al-Quran,,dlm surah Al-Dzaariyat ayat 56..
Yg bermaksud”dan tidak lah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepdaKu”..itulah sbnrnya tuujuan hidup kita semua..pastikan semua yg kita lakukan Di Niatkan kerana Allah kerana itulah dia ibadah..*hanya benda-benda yg baik..jika kita niat belajar kerana Allah kita dikira ibadah..dgn syarat belajar itu perlulah di atas landasan islam yg betul..bagaimana hendak dikatakan belajar kerana Allah,jika solat pon lewat,kdg2 tidak bngun subuh kerana stadi,dan *(tidak pernah turun berjemaah kerana sibuk sngat stadi)..untuk para muslimin..dan bnyak lagi sebenarnya..
Semoga kita semua sedar akan apa itu sebenarnya hakikat hidup,,dan sama-sama berubah menjadi seorg muslim yg lebih baik,ikhlas,tawaduk,zuhud dan lain2..
Allah is EVERYTHING..
‘Sampaikan lah ayatku walaupun sepatah’
Hadis riwayat (bukhari&muslim)