Saturday, February 12, 2011

Hakikat Kejayaan


Hakikat sebuah kejayaan..

Kejayaan merupakan satu perkara yg ingin dikecapi oleh semua org di dunia ini..
Ada yg melihat kejayaan dari aspek2 yg berbeza-beza.Ada sesetengah org menganggap jika kita Berjaya dlm peperiksaan kita dikira Berjaya,,ada yg menganggap jika mendapat kerja yg baik kita dikira Berjaya,,ada yg menganggap jika kita mempunyai banyak wang kita dikira Berjaya,, dan bnyak lagi perspektif kejayaan mengikut kaca mata manusia..
YA!!hakikatnya semua itu memang merupakan satu kejayaan..Tetapi Sedarkah diri kita semua apakah hakikat kejayaan yang sebenar..
Yakni Kejayaan dari pandangan Allah S.W.T!!
Apakah sebenarnya kejayaan dari pandangan Allah??bagaimana seseorg itu dianggap Berjaya oleh Yang Maha Pencipta..??Adakah Allah menganggap orang yg kaya-raya itu sebagai Berjaya..Adakah orang yg mempunyai pelajaran yang tinggi itu dikira Berjaya..??Adakah org yg mempunyai gelaran Dr,,Dato’,,Datuk seri,,Tun itu dikira Berjaya..Siapakah sebenarnya  orang yang dikira Berjaya oleh Allah..??
SEDARKAH KITA SEMUA..SIAPAKAH ORANG YANG BERJAYA SEBENARNYA..

Sekali lagi,,jawapan bagi persoalan ini telah terjawab di dalam AL-Quran.Tidak perlu kita sibuk mencari-cari pakar2 philosophy dunia untuk bertanya apakah sebenarnya hakikat kejayaan kerana segalanya telah dijawab dgn kemas oleh Allah S.W.T

Sebelum itu,Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang ayat-ayat ini,,kerana ilmu saya tdak setinggi mana utk menafsirkan maksud ayat Al-Quran yg begitu hebat.Cuma apa yg ingin ditekankan ialah cuba kita fahami dgn sebenar-benarnya apakah sebenarnya kejayaan itu..??dan siapakah yang Berjaya..


Allah berfirman: "Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah ridha terhadap-Nya. Itulah kejayaan yang paling besar".
(surah Al-maidah 119)


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
(surah At taubah 72)

Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(surah At taubah 89)


Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar
(surah At taubah 100)

Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
(surah As Saffat 60)


Maka setelah deretan ayat-ayat Al-Quran yg dikemukakan,,tidakkah kita semua sedar apakah sebenarnya kejayaan menurut Allah..??
Kejayaan yg paling benar??

Sesungguhnya mereka yg Berjaya ialah mereka yg Berjaya memperoleh Syurga Allah di perkampungan Akhirat kelak.Mereka itulah orang yg memperoleh sebenar-benar kejayaan.Untuk apa kita semua terlalu mengejar kejayaan di dunia ini??Adakah Allah akn menilai kejayaan dunia kita.??Adakah Allah akan melihat berapakah asset kita ketika di dunia..??Tidak!!sama sekali tidak..!!Allah tidak melihat semua itu..
Kita semua sama sahaja di sisi Allah kecuali mereka yang beriman dan bertakwa.

Bukan dgn penulisan ini saya menyuruh utk kita gagal di dunia.Tidak sama sekali.Tetapi melihat kepada situasi hari ini di mana rakan2 juga dpt melihatnya di sekeliling kita,,kita dapat lihat bagaimana seorang manusia begitu sibuk mengejar kejayaan dunia sehinggakan Ibadah dan Takwa digadaikan begitu sahaja..
Lihat sahaja bagaimana seorg pekerja sanggup melewatkn solat dgn sengaja hanya utk mencari sekitar RM20-Rm30..Lihat sahaja bagaimana seorg pelajar sanggup melewatkan solat hanya utk study,,buat assignment dsb..Lihat sahajalah bagaimana kehidupan dunia korporat..satu dunia yg dilimpahi dengan kemewahan harta benda.Lihatlah bagaiman kitaran hidup kebanyakkan dari mereka.Meeting sana sini sehinggakan hampir tiada masa utk Allah.Jika ditanya jawapannya “nak hidup kat dunia,,mestilah carik wang,,kalau aku xda duit macam mana nak hidup?bagi anak bini makan.”=).
Itu adalah jawapan standard yg selalu kita dengar..adakah alasan keduniaan yg membolehkan utk kita melewatkan solat..??adakah kita semua rela mempunyai banyak sekali wang ringgit tetapi kesudahannya kita adalah org yg gagal menurut Allah.Adakah kita rela mempunyai rumah yg besar,kereta yg besar,pekerja yg ramai tetapi akhirnya kita ditempatkan di Neraka.Nauzubillah..
Jika rela,,silakan..Kami tiada hak untuk memaksa sesiapa.Tugas kami hanya menyampaikan.

Saya berikan satu Analogi mudah.Sebuah pasukan bola sepak yang sangat kuat.pasukan itu tidak terkalahkan.Sentiasa memenangi setiap perlawanan dan setiap kejohanan yg mereka sertai.pasukan itu dipandang tinggi oleh semua kelab bola sepak di seluruh dunia.Tetapi pada akhirnya kelab bola sepak itu dibubarkan kerana Muflis,tiada sumber kewangan dan pengurusan yang teruk.
Begitulah umpamanya seperti kita semua,,kita sibuk mengejar kejayaan dan kekayaan dunia,,tetapi pada akhirnya kita ditempatkan di neraka..disebabkan oleh tersilap langkah dan tidak tahu fokus yg lebih utama.semua kejayaan kelab itu adalah sia-sia kerana mereka sudah muflis..seperti juga kita,,berjaya di dunia adalah sia-sia jika akhirnya kita gagal di akhirat.

Berhubung kejayaan dunia yg saya utarakan,,itu adalah merujuk kepada mereka yg sibuk mengejar kejayaan dunia sehingga akhirat dilupakan,,tetapi bagi mereka yg mengejar kekayaan dunia tanpa sama sekali menggadaikan nilai iman dan takwa mereka,, itu adalah baik.Teruskanlah langkah kalian.Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya menurut Allah.Golongkanlah kami semua sebagai orang yang berjaya mengecap nikmat syurgaMu ya Allah..Amin..