Sunday, October 10, 2010

Sambungan Surah Al-Asr

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah relevannya kami menggunakan surah Al-Asr sebagai pembuka dan salam perkenalan. “Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. Kami memberi satu analogi yang mudah. Cuba kita bayangkan jika adik kita memberitahu mereka sedang rugi, mungkin nilainya dalam +-RM 1. Cuba kita bayangkan jika ayah kita memberitahu dia sedang rugi. Mungkin nilainya dalam +-ribuan ringgit. Cuba kita bayangkan jika Barack obama@,Tony Blair@,Datuk Seri Najib berkata negara sedang rugi..nilainya mungkin dalam +-billion ringgit..TETAPI cuba kita bayangkan jika Allah Berfirman Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Berapa besarkah kerugian yang telah kita Tanggung..?? Pasti satu nilai kerugian yang sangat besar dan tidak boleh digambarkan. KECUALI
yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. Oleh kerana itu kami terpanggil untuk membina satu blog agar kami dapat berpesan-pesan dengan kebenaran kepada saudara kami yang lain..jika kita boleh online facebook,,tengok youtube, YM, skype, twitter, myspace dll sampai 5-6 jam, kenapa tidak boleh meluangkan sedikit masa untuk menulis perkara-perkara yang bermanfaat agar dakwah Islam itu seiring dengan kemajuan teknologi hari ini. Jika sahabat-sahabat perhatikan berapakah nisbah blog agama vs blog-blog pasal keduniaan..nilainya amat jauh berbeza.. Oleh itu, kami berharap agar usaha dan niat kami ini Diikhlaskan Allah. InsyaAllah..
So, Join la Blog nie ye..!! WAKE UP UMMAH,,RELEASE YOUR MIND..

No comments:

Post a Comment