Saturday, April 16, 2011

Bahaya Riya'


Satu perkara yg sangat-sangat saya khuatiri menguasai atau singgah di hati kita.Rasa ini adalah rasa yg paling saya benci.bahayanya rasa ini sehinggakan Rasulullah mentakrifkan rasa ini sebagai Syirik..
Syirik?kelihatan terlalu besar dosa ini.Ya!mmg perasaan ini adalah Musuh paling ampuh bagi seorang ahli abid(ibadah).Perasaan inilah yg seringkali diabaikan oleh sesetengah mereka.
Perasaan ini tergolong sebagai Syirik khafi(syirik kecil).Tahukah kita semua apakah dosa syirik ini..??
Syirik dari segi istilah bermaksud  perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Apakah bahaya syirik ini..??

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)


Subhanallah,begitu bahayanya dosa syirik ini.Mungkin ramai yang terfikir,”takkanlah ahli abid boleh buat dosa syirik”ye..inilah yg paling saya khuatiri sama ada brlaku pd diri sendiri atau org lain.
Dosa syirik yg dimaksudkan ialah Riya’,sombong,ujub dan seumpamanya.tetapi apa yg ingin saya tegaskan ialah tentang riya’.Hari ini ramai yg org2 yg alim@org2 msjid menjd riya’.mereka berbangga dgn amalan mereka dan kagum dgn diri mereka sendiri kerana mampu ke masjid dalam kesibukan dan kesuntukan masa.mereka memandang rendah orang2 yg tidak mampu pergi ke masjid.sekaligus menganggap diri mereka lebih baik dari mereka yg tidak pergi ke masjid.AWAS!!kepada mereka yg kdgkala ada terdetik atau terfikir seperti ini,jgn la lagi berfikir seperti ini,kerana ia boleh mengundang kepada penyakit riya’.Bole jadi mereka yg kelihatan jahat untuk sekarang ini menjadi mereka yang lebih baik dan bertakwa dari diri kamu.Hidayah milik Allah.Allah mampu member hidayah kepada sesiapa yg dikehendakiNYa dan menarik balik hidayah yg diberiNya.Ikhlaskan hati,beribadah hanya untuk Allah,bukan kerana hal-hal lain.
sesuai dgn hadis nabi
( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka”

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil,setiap manusia mempunyai cabaran dan ujian mereka yang tersendiri.Bagi mereka yang fasik,cabaran mereka ialah kembali ke landasan diredhai Allah,dan bagi mereka yang bertakwa,ujian paling getir pada pandangan saya ialah Istiqomah dlm ibadah ,ikhlas hanya kerana Allah dan jauhi riya dan berpandangan buruk kepada mereka yang fasik.kerana dikhuatiri menjadi riya’..

Imam Al-Ghazali pernah berpesan 2 cara mengelakkan riya’
1.Jangan ingat pahala dan kebaikan yang pernah kita lakukan.
2.Jangan sesekali lupa dosa dan kejahatn yang pernah kita lakukan.
InsyaAllah,cara ini amat berkesan.Cuba amalkan.Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.” (An Nisa’: 123)






No comments:

Post a Comment