Saturday, October 23, 2010

Kepimpinan Saidina Umar Al Khattab

Baru-baru ini selepas saya selesai mengerjakan solat isya' berjemaah tiba-tiba pihak masjid ingin menayangkan satu video.pada mulanya saya begitu keberatan untuk menunggu(*sikap manusia:kalau berjam2 di konsert,megamall,stadium tdak mngpe.tapi meluangkan sedikit masa utk ilmu Allah rasa berat..Maafkan aku Ya Allah kerana berasa begitu sebelum itu).Tetapi setelah bermuhasabah diri seketika saya mengambil keputusan untuk menunggu sebentar melihat video itu..
Di sini saya memuatkan video itu untuk tontonan sahabat yang lain..semoga dapat dijadikan iktibar..


Subahanallah..itulah kata-kata yg boleh saya ucapkan sepanjang menonton vdeo ini..sungguh hebat dan mulianya keperibadian khalifah ar-Rasydin kita ini..Beliau mempunyai iman yang sungguh tinggi dan sifat kepimpinan yang tiada tolok bandingnya dgn mana-mana pemerintah hari ini..Bagaimana hal ini boleh berlaku???jawapannya kerana pemimpin hari ini adalah pemimpin diri sendiri dan keluarga mereka.bukannya pemimpin umat.Mereka lebih utamakan kesenangan isteri,anak-anak,dan ahli keluarga berbanding kesenangan rakyat.(*tiada kene mengena dengan mana-mana parti politik).Itu belum lagi diambil kira faktor ilmu agama mereka.bukannya bersikap serkap jarang atau bersangka buruk.tetapi rata-rata pemimpin hari ini terdiri daripada mereka yang jahil agama.sebab itulah masyarakat kita hari ini semakin menjadi binatang.
saya tertarik dengan satu Hadis Rasulullah SAW.baginda bersabda "Bila Ulama dan Umara itu baik,maka umat islam pun akan baik.Bila salah satunya Rosak maka umat islam pun akan rosak".mungkin kita boleh fahami hadis ini dengan mudah.konsep saya senang.jika berpandukan hadis ini dan kita lihat senario yg berlaku dalam klangan rakyat Malaysia hari ini..kita sudah boleh menemukan jawapan pokok kepada masalah ini.ia pasti disebabkan ulama yang rosak atau umara yang rosak atau kedua-duanya yang rosak.
kerana itulah masyarkat kita rosak.berbalik kepada kisah Saidina Umar Ibn Al-Khattab tadi..kita boleh melihat bagaimana beliau begitu menyesal kerana membiarkan rakyatnya miskin.malah beliau juga pernah berkata "andai ada seekor keldai terjatuh dalam perjalanan menuju ke Baghdad kerana jalan yang rosak nescaya aku akan ditanya oleh Allah apa yang telah aku perbuat dengan wang negara..Subahanallah..
sampai begitu sekali kepimpinannya.tak perlulah saya nak bandingkan dengan keadaan jalan raya di Malaysia..rasa-rasanya semuanya sudah sedia maklum...saya hampir meitiskan air mata ketika menonton vdeo ini..kita lihatlah bagaimana Saidina Umar dengan bersusah payah pulang ke khazanah negara untuk mengambil makanan dan pergi semula ke rumah wanita itu.malah beliau juga turut bersusah payah memasakkan makanan untuk keluarga itu..Alhamdulilah hati saya berdetik..tidak sia-sia saya menonton vdeo ini..semoga dapat dijadikan iktibar oleh kita semua.terutamanya kepada mereka yg bercita-cita ingin menjadi pemimpin.jadi pemimpin memang senang..tetapi nak jalankan amanah dan tanggungjawab itulah yang berat.
semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah."wake up Ummah,release your mind,feed your soul.

No comments:

Post a Comment