Saturday, May 25, 2013

Kemakmuran jasad atau jiwa? Malaysia dan Gaza.

Sebagai seorang Muslim, penulis sedikit sebanyak teranya-tanya adakah patut kita bersyukur dengan nikmat kemakmuran hidup di Malaysia. Rasionalnya  persoalan ini adalah kerana, apabila kita melihat kehidupan warga Gaza yang 'kemakmuran' hidupnya akan menimbulkan kesyahduan di hati umat Islam seluruh dunia, cuba kita renungkan kembali situasi sebenar yang berlaku di Malaysia. Rata-rata umat Islam kini telah dijangkiti oleh penyakit wahan. Penulis pernah berasa sangat2 teraniaya dengan kehidupan di Malaysia kerena sistem hidup yang membentuk persekitaran adalah sangat "adverse" untuk pembentukan jiwa Islamiah. Adapun yang mampu "survive" dengan situasi ini hanyalah sebilangan. Jadi, berbalik semula kepada persoalan tadi, adakah patut kita bersyukur dengan nikmat kemakmuran hidup di Malaysia? Tercetusnya persoalan ini  adalah kerana situasi sebenar yang berlaku di mana umat Islam di bawah minda sedar telah terperangkap dengan suatu sistem yang pada pandangan mata kasar adalah sebuah kemakmuran, sedangkan secara berperingkat menghancurkan jiwa Islamiah umat Islam. Cuba kita bandingkan dengan situasi di Gaza di mana tidak wujud sistem yang berorientasikan kapitalisme moden (riba' yang berat dosanya 36x zina), promosi ke arah maksiat (sebagaimana yang wujud di Malaysia), pembahagian golongan mengikut bidang (pendidikan, kerjaya, taraf sosio ekonomi, pandangan politik, dan sebagainya), gaya hidup kebaratan, dan sebagainya.
    Di Malaysia, apa yang digembar-gemburkan sebagai demokrasi adalah sebenarnya suatu instrumen yang di bawah minda sedar telah meletakkan rakyat tanpa pilihan. Izinkan penulis untuk menerangkan dengan lebih lanjut. Dua buah kesatuan parti yang kedua-duanya merupakan kononnya sebagai pilihan untuk rakyat, pada hakikatnya kedua-duanya tidak membawa manfaat untuk agama. Penulis dengan beraninya menulis  tidak membawa manfaat untuk agama adalah kerana parti komponen utama negara ini telah menolak hudud dari mendapat tempat dalam perundangan Malaysia. Hakikatnya, kita ditipu dengan perkataan 'pilihan' sedangkan kita tidak mempunyai pilihan. Adakah BN dan PR membuka jalan ke arah perkembangan dan kemajuan rohaniah Islamiah sebagaimana yang kita pelajari di dalam silabus matapelajaran Sejarah Tingkatan 4 berkenaan konsep tamadun pada pandangan Islam. Penipuan ini berlaku akibat penggunaan media elektronik yang menurut satu dapatan kajian (maaf, sumber kajian gagal diperoleh) menunjukkan bahawa pada frekuensi yang tertantu, televisyen dapat mempengaruhi minda seseorang secara bawah sedar. Melalui media inilah kita sering dipaparkan dengan maklumat2 yang dipusing sana sini dengan konsisten sekaligus paparan2 itu membuatkan kita 'terlupa' untuk bertanya "berjayakah demokrasi sebagai sebuah sistem pemerintahan yang membentuk tamadun berkonsepkan Islam?". Lihatlah bagaimana suasana politik melencongkan pemikiran kita daripada kembali kepada persoalan sebenar. Secara jujur, adakah golongan Barat begitu baik terhadap Islam? Kalau tidak jawapan anda, mengapa mereka beria-ia ingin mengajar anak-anak Islam kita ilmu mereka? Bukankah baik jika mereka menyimpan semua ilmu yang baik itu untuk anak-anak mereka.
    Yang benar itu jelas. Begitu juga yang batil. Masing-masing punya pendapat tentang apakah yang signifikan mengenai kemakmuran. Adakah aspek luaran atau pun rohani? Islam mempunyai sudut pandangannya yang tersendiri berkaitan isu ini. "Dunia sebagai penyampai kepada akhirat". Jadi, kemakmuran lahiriah akan seiring dengan rohaniah di mana Islam akan meletakkan dasar dan tujuan pada kalimah tauhid. Bila mana seseorang itu pada zahirnya berjaya mengimbangi dunia dan akhirat, dia masih dianggap gagal jika dasar dan tujuan tidak diletakkan sebagai priority. (1) Tugas-tugas harian merupakan ibadah di samping ibadah yang fardhu yang lain. Berbanding mereka yang (2) menyempurnakan tugas harian tanpa meninggalkan ibadat fardhu yang lain. Kedua-dua prosa di atas memiliki persamaan pada satu konteks. Akan tetapi, perubahan yang signifikan akan jelas terlihat bila persoalan 'dasar' dan 'tujuan' ditimbulkan. Situasi (1) menzahirkan ibadah dalam setiap amal perbuatan sedangkan (2) memisahkan tugas harian dan ibadah secara tidak langsung. Dikhuatiri, lama-kelamaan akan diperdaya sehingga memisahkan agama dan kehidupan pula.

No comments:

Post a Comment