Friday, October 15, 2010

Jumaat Penghulu Segala Hari..

Assalamualaikum dan salam ukhuwah..
Sebelum kita berbicara lebih jauh, ingin rasanya kami berkongsi sedikit sebanyak tentang secebis ilmu kurniaan Ilahi ini..

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Jumu'ah : 9,

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"

Sabda Rasulullah SAW,

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit."
(Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sedia maklum tentang perkara ini tetapi oleh sebab kami menulis artikel ini pada hari Jumaat, kami berpendapat bahawa elok agar diselitkan tentang kelebihan hari Jumaat.. Dan kami berharap agar usaha kami untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran terus diberkati dan dirahmati.. Jadi, marilah kita menunaikan Solat Jumaat..

No comments:

Post a Comment